Jumaat, 29 Jun 2012

DAMAR (MERANTI)


Assalamualaikum buat pengunjung,moga sekalian sejahtera.DAMAR, mungkin ada diantara generasi muda yang tertanya-tanya apakah “damar”.Dari pengetahuan ‘damar’ terjadi dari pokok jenis “meranti” ianya terdapat banyak dipersekitaran bumi Malaysia.Damar adalah teras kayu dalam proses pereputan belaku dan jangkaan terjadi damar dalam proses pereputan diantara 30 – 50 tahun.

Damar menjadi kegunaan utama sebagai bahan pemangkin bakar (bahan bakar) dan ada sebilangan pula menjadikan damar sebagai pewangi rumah dengan cara seperti menabur kemiyan diatas bara arang.Damar mengeluarkan haruman yang sungguh menyegarkan dan secara langsung dapat menghindarkan bauan yang kurang menyenangkan.

Bagi kaum cina pula ‘damar’ digunakan sebagai bahan untuk membuat alatan sembahyang “colok” kerana keharuman dan kos yang sangat murah berbanding “gaharu”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan